Piagam Pelanggan
Kami berjanji untuk menegakkan dan memastikan bahawa Taman Botani akan kekal relevan dan progresif dan memainkan peranan penting sebagai contoh kepada taman-taman botani tropika di rantau ini di samping menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dan masyarakat dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan:
- Botani dan Pemuliharaan
- Penyelidikan dan Pendidikan
- Hortikultur dan Landskap
- Rekreasi dan Pelancongan
Kami komited untuk menjalankan tugas-tugas dengan tanggungjawab dan akan lebih bersungguh-sungguh untuk memenuhi objektif kami dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti seperti berikut:
- Semua Projek Dan Program Pembangunan Dilaksanakan Mengikut Jadual Yang Ditetapkan.
- Hiasan Untuk Urusan Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan Dan Pihak Luar Seperti Agensi Kerajaan, Swasta Dan Orang Awam Dapat Dikendalikan Dengan Profesional, Teliti Dan Berkesan Berdasarkan Tempoh Masa Yang Dipersetujui Bersama.
- Sewaan Kawasan Taman Botani Kepada Pihak Luar Seperti Agensi Kerajaan, Swasta Dan Orang Awam.
- Maklumbalas Aduan Dikemukakan Dalam Tempoh Tujuh (7) Hari Dari Tarikh Aduan Diterima.
- Untuk Memastikan Bahawa Semua Kawasan Di Bawah Sekitar Dan Bidang Kuasa Taman Botani Sentiasa Bersih, Rapi, Tenang Dan Selamat.
- Untuk Memastikan Semua Koleksi Spesimen Hidup Di Dalam Taman Botani Dijaga Dengan Baik Dan Dalam Keadaan Baik.
- Untuk Memastikan Bahawa Semua Pokok-Pokok Berumur Dan Lama Yang Juga Merupakan Warisan Di Taman Botani Di Jaga Dengan Teliti Dan Diperiksa Setiap Bulan.
- Untuk Mengambil Tindakan Segera (Dalam Masa 24 Jam) Ke Atas Aduan Dan Maklum Balas Yang Diterima Mengenai Kebersihan Dan Keselamatan Taman Botani.