Penafian
"Semua maklumat yang dipaparkan pada Laman Web Rasmi Jabatan Taman Botani Pulau Pinang ('Laman Web ini') adalah diterbitkan untuk maklumat am dan pengetahuan sahaja. Maklumat yang dipaparkan di sini adalah tertakluk kepada perubahan dan mungkin tidak lagi tepat selepas tarikh muat naik.
Walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat yang terkandung di dalam Laman Web ini, tiada waranti, secara nyata atau tersirat diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan mana-mana kakitangan atau ejennya tentang kesempurnaan dan ketepatan maklumat yang diberi dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan mana-mana kakitangan atau ejennya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku. Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan mana-mana kakitangan atau ejennya tidak dalam mana-mana keadaan akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan bagi apa sahaja ganti rugi, termasuk tanpa had, ganti rugi khas, ganti rugi tidak langsung atau ganti rugi berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung dalamnya, sama ada melalui tindakan dalam kontrak, tort atau dengan cara apa sekalipun selainnya.
Di samping itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai tanggungjawab atau liabiliti berhubung dengan apa-apa kehilangan atau ganti rugi yang anda tanggung, termasuk kerosakan perisian atau perkakasan anda, yang timbul daripada penggunaan anda atau akses kepada Laman Web ini."