TAMAN JEPUN
(JAPANESE GARDEN)
Taman Jepun telah dibangunkan di Taman Botani Pulau Pinang sekitar tahun 2008. Susunan dan reka bentuk Taman Jepun menampilkan keindahan seni landskap Jepun yang mengutamakan keharmonian, keseimbangan dan ketenangan. Walaupun menggunakan tumbuhan tropika yang sesuai dengan iklim tempatan, reka bentuk taman ini mengekalkan elemen-elemen konsep Taman Jepun seperti susunan batu, tanaman yang dipangkas kemas dan laluan yang menggalakkan pengunjung menikmati alam secara santai. Taman ini menawarkan pengalaman yang mendamaikan sambil memperkenalkan konsep landskap antarabangsa dalam persekitaran tropika. Taman ini dibuka kepada orang awam untuk aktiviti riadah dan lawatan.






