PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji untuk menegakkan dan memastikan bahawa Taman Botani akan kekal relevan dan progresif dan memainkan peranan penting sebagai contoh kepada taman-taman botani tropika di rantau ini di samping menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dan masyarakat dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan:
-
Botani dan Pemuliharaan
-
Penyelidikan dan Pendidikan
-
Hortikultur dan Landskap
-
Rekreasi dan Pelancongan
Kami komited untuk menjalankan tugas-tugas dengan tanggungjawab dan akan lebih bersungguh-sungguh untuk memenuhi objektif kami dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti seperti berikut:
-
Semua Projek Dan Program Pembangunan Dilaksanakan Mengikut Jadual Yang Ditetapkan.
-
Hiasan Untuk Urusan Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan Dan Pihak Luar Seperti Agensi Kerajaan, Swasta Dan Orang Awam Dapat Dikendalikan Dengan Profesional, Teliti Dan Berkesan Berdasarkan Tempoh Masa Yang Dipersetujui Bersama.
-
Sewaan Kawasan Taman Botani Kepada Pihak Luar Seperti Agensi Kerajaan, Swasta Dan Orang Awam.
-
Maklumbalas Aduan Dikemukakan Dalam Tempoh Tujuh (7) Hari Dari Tarikh Aduan Diterima.
-
Untuk Memastikan Bahawa Semua Kawasan Di Bawah Sekitar Dan Bidang Kuasa Taman Botani Sentiasa Bersih, Rapi, Tenang Dan Selamat.
-
Untuk Memastikan Semua Koleksi Spesimen Hidup Di Dalam Taman Botani Dijaga Dengan Baik Dan Dalam Keadaan Baik.
-
Untuk Memastikan Bahawa Semua Pokok-Pokok Berumur Dan Lama Yang Juga Merupakan Warisan Di Taman Botani Di Jaga Dengan Teliti Dan Diperiksa Setiap Bulan.
-
Untuk Mengambil Tindakan Segera (Dalam Masa 24 Jam) Ke Atas Aduan Dan Maklum Balas Yang Diterima Mengenai Kebersihan Dan Keselamatan Taman Botani.


