KHIDMAT NASIHAT DAN LATIHAN
Lawatan Secara Berkumpulan
Perkhidmatan ini boleh disediakan melalui permohonan rasmi selewat-lewatnya 14 hari bekerja kepada Unit Pendidikan Alam Sekitar. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Ainie Ismanida binti Isman / En. Yuizwan bin Yaacob di talian 04-2264401.
Perkhidmatan
Perkhidmatan ditawarkan kepada pelanggan untuk menyewa tumbuhan hiasan dan perkhidmatan sewa kawasan. Sesiapa yang berminat boleh hubungi:
i.Sewa Tanaman Hiasan
- Permohonan Sewa Tanaman Hiasan di Taman Botani Pulau Pinang adalah melalui Surat Rasmi kepada jabatan ini dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum tarikh sewaan atau acara berlangsung. Untuk pertanyaan, sila hubungi En. Mohammad Izzat Shamil Bin Mohd Rizuan di talian 04-2264401.
Kadar semasa sewaan tanaman hiasan adalah tertakluk kepada jenis dan saiz tanaman yang disewa serta tempoh penggunaan. Bayaran hendaklah dibuat mengikut kadar semasa yang berkuat kuasa.
ii.Sewa Kawasan
- Permohonan Sewa Kawasan atau Laluan di Taman Botani Pulau Pinang adalah melalui Surat Rasmi kepada jabatan ini dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum tarikh sewaan atau acara berlangsung. Untuk pertanyaan, sila hubungi En. Yuizwan Bin Yaacob di talian 04-2264401.


