RUMAH
BEGONIA
Rumah Bromeliad di Taman Botani Pulau Pinang merupakan kawasan pameran khas yang menempatkan pelbagai spesis tumbuhan daripada famili Bromeliaceae. Rumah ini dibangunkan sebagai pusat koleksi, pemuliharaan dan pendidikan untuk memperkenalkan keunikan bromeliad kepada pengunjung. Bromeliad ialah tumbuhan tropika yang berasal terutamanya dari benua Amerika. Selain nanas yang merupakan tumbuhan dari famili Bromeliaceae, terdapat juga spesis bromeliad yang mempunyai daun tersusun membentuk roset yang boleh menakung air di bahagian tengah, mempunyai bunga berwarna terang dan tahan lama. Kebanyakan spesis mampu hidup sebagai epifit pada batang atau dahan pokok. Rumah Bromeliad dibuka kepada orang awam mulai jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari pada hari Selasa, Rabu dan Khamis.



