RUMAH
PAKU PAKIS
Rumah Paku-pakis menghimpunkan koleksi paku-pakis dan lycophytes dalam pelbagai bentuk yang terdiri daripada penutup bumi sehingga pokok paku gajah (Cyathea latebrosa) yang tata susun bersama tanaman lain di dalam rumah pokok ini yang memberi suasana seakan-akan hutan purba. Rumah Paku-pakis dibuka kepada orang awam mulai jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari pada hari Selasa, Rabu dan Khamis.








