RUMAH
ORKID
Rumah Orkid merupakan salah satu tarikan utama di Taman Botani Pulau Pinang, yang mempamerkan koleksi pelbagai spesis orkid hibrid dan asli (native) dari seluruh Semenanjung Malaysia. Spesis orkid native kebanyakannya diperolehi semasa kerja lapangan. Rumah Orkid membantu memelihara koleksi tumbuhan orkid yang mempunyai nilai konservasi dan hortikultur. Selain mempamerkan keindahan bunga orkid, ia turut menyokong usaha pendidikan mengenai kepelbagaian biologi serta kepentingan pemuliharaan spesis tumbuhan. Rumah Orkid dibuka kepada orang awam mulai jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari pada hari Selasa, Rabu dan Khamis.



