RUMAH
PERDANA
Rumah Perdana merupakan rumah pokok yang menyimpan koleksi dari pelbagai famili tumbuhan. Rumah Perdana umpama pusat sehenti jika pengunjung mahu melihat sebahagian koleksi terpilih dari rumah-rumah pokok lain tanpa perlu melawat ke setiap fasiliti. Selain itu, di Rumah Perdana juga terdapat koleksi tumbuhan hiasan unik dan bernilai untuk tatapan pengunjung. Untuk lawatan ke Rumah Perdana, kumpulan pelawat yang berminat boleh membuat permohonan rasmi kepada Unit Pendidikan Alam Sekitar.












