Carian

faq hubungi hubungi peta

GALERI

BANGUNAN HERBARIUM

Galeri bangunan herbarium  merupakan salah satu kemudahan penting di taman botani pulau pinang yang berfungsi sebagai pusat penyelidikan, dokumentasi dan pemuliharaan spesimen tumbuhan. Bangunan ini menyimpan koleksi spesimen tumbuhan yang telah dikeringkan dan direkodkan secara saintifik, termasuk koleksi bersejarah yang dikumpulkan sejak era ahli botani british, charles curtis pada akhir abad ke-19.

Galeri bangunan herbarium merupakan pejabat asal jabatan taman botani pulau pinang sebelum berpindah ke bangunan baharu, dan kini menempatkan ruang galeri dan ruang kerja bagi unit botani dan konservasi tumbuhan serta bilik simpanan koleksi herbarium. Kerja menaiktaraf bangunan herbarium ini telah bermula sejak tahun 2022 sebelum dibuka kepada orang awam.

Antara koleksi dan bahan yang terdapat di galeri ini ialah spesimen tumbuhan yang diawet daripada pelbagai keluarga tumbuhan, koleksi spesimen tumbuhan sejarah yang dikumpulkan oleh charles curtis dan ahli botani terdahulu, rekod saintifik mengenai flora pulau pinang dan semenanjung malaysia, maklumat mengenai teknik penyediaan dan penyimpanan spesimen herbarium dan bahan rujukan penyelidikan bidang botani.

Tiada caj masuk dikenakan jika pengunjung ingin melawat ke galeri bangunan herbarium. Waktu operasi adalah mulai jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang pada hari bekerja. Bagi lawatan ilmiah atau penyelidikan, permohonan boleh dibuat kepada unit botani dan konservasi tumbuhan.

Image

JABATAN TAMAN BOTANI PULAU PINANG
Kompleks Pentadbiran,Bangunan Pavilion, Jalan Kebun Bunga,10350 Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : 604-226 4401 | Fax : 603-226 4403

Media Sosial

Penafian

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Capaian Pelawat

Singapore 69.565% Singapore
Malaysia 30.435% Malaysia

Total:

2

Countries
000227
This Month: 63
Total: 227

Dikemaskini pada :

  • 18 September 2026.