GALERI
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
Galeri pendidikan alam sekitar di taman botani pulau pinang mula beroperasi pada 2 januari 2017 dan diselia oleh unit pendidikan alam sekitar. Penubuhannya diinspirasikan daripada lawatan kerja ke pusat pendidikan alam sekitar seperti forest research institute malaysia dan rainforest discovery centre.
Galeri ini berfungsi sebagai pusat maklumat dan aktiviti dengan menyediakan ruang interpretasi alam sekitar serta menjadi medium penting untuk mendidik masyarakat khas golongan kanak-kanak tentang kepentingan memelihara alam sekitar melalui pendekatan yang menarik dan interaktif.
Galeri ini terletak di dalam kompleks pentadbiran, bangunan pavilion, jabatan taman botani pulau pinang. Tiada caj masuk dikenakan jika pengunjung ingin melawat ke galeri pendidikan alam sekitar. Waktu operasi adalah mulai jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang pada hari bekerja. Bagi lawatan berpandu, permohonan boleh dibuat kepada unit pendidikan alam sekitar.






