AKTIVITI LAWATAN BERPANDU
Lawatan berpandu di Taman Botani Pulau Pinang merupakan aktiviti pendidikan dan rekreasi berkumpulan yang memberi peluang kepada peserta mengenali kepelbagaian flora, fauna, sejarah serta usaha pemuliharaan taman ini. Taman yang ditubuhkan pada tahun 1884 ini terkenal sebagai pusat pemuliharaan tumbuhan dan antara taman botani tertua di Malaysia. Antara pengisian yang lazim dalam lawatan berpandu ialah:-
- Pengenalan sejarah dan perkembangan Taman Botani Pulau Pinang.
- Penerangan mengenai spesies tumbuhan tempatan dan eksotik yang terdapat di taman.
- Pemerhatian fauna seperti monyet ekor panjang, tupai gergasi hitam dan pelbagai spesies burung.
- Lawatan ke kawasan tarikan seperti taman bertema dan rumah pokok
- Penerangan mengenai usaha pemuliharaan biodiversiti dan pendidikan alam sekitar.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai lawatan berpandu, tempahan kumpulan sekolah, agensi kerajaan atau pelancong, anda boleh merujuk laman web rasmi Jabatan Taman Botani Pulau Pinang atau emel botani@penang.gov.my atau telefon 04-2264401 (Unit Pendidikan Alam Sekitar).














