AKTIVITI PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN TAMAN
Aktiviti pengurusan dan penyelenggaraan di Taman Botani Pulau Pinang dilaksanakan secara berjadual dan berterusan bagi memastikan taman sentiasa berada dalam keadaan bersih, selamat, indah dan kondusif untuk tujuan rekreasi, pendidikan, penyelidikan serta pemuliharaan biodiversiti. Taman ini meliputi kawasan yang seluas 242 hektar dengan pelbagai kemudahan, koleksi tumbuhan dan laluan hutan serta kawasan hutan simpan yang memerlukan pengurusan yang sistematik dan berkesan.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pemangkasan pokok dan pokok renek, pemotongan rumput dan pembersihan kawasan hijau, penanaman semula pokok, bunga dan tumbuhan hiasan, penyelenggaraan taman bertema, rumah pokok, denai hutan dan kolam dan pengurusan nurseri bagi pengeluaran anak pokok dan tanaman landskap. Usaha ini memastikan agar landskap taman sentiasa menarik dan dipelihara dengan baik.
Bagi menjamin keselesaan pengunjung, kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan awam dilaksanakan secara berkala, antaranya pembaikan laluan pejalan kaki dan rekreasi, tandas awam, papan tanda, bangku taman, gazebo dan kemudahan rekreasi lain. Kemudahan yang kondusif membantu meningkatkan pengalaman pengunjung dan menjadikan taman sebagai lokasi rekreasi utama di Pulau Pinang








