Carian

faq hubungi hubungi peta

PANDUAN PELAWAT

Taman Botani Pulau Pinang merupakan salah satu taman botani tertua di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1884. Taman ini terkenal dengan landskap semula jadi dengan koleksi tumbuhan yang pelbagai serta mempunyai kemudahan rekreasi dan riadah yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Taman Botani ialah berjalan santai dan brisk walk, berjoging, dan meneroka denai hutan serta aktiviti keluarga lain seperti piknik di kawasan lapang. Taman Botani juga menyediakan lokasi penggambaran dan tapak acara untuk disewa oleh agensi atau swasta yang berminat.

Panduan Keselamatan Pelawat:

  • Jangan memberi makanan kepada monyet yang berkeliaran di kawasan taman.
  • Simpan makanan dan barangan peribadi dengan baik kerana monyet boleh cuba mengambilnya.
  • Gunakan pakaian dan kasut yang sesuai sekiranya ingin melalui denai hutan atau mendaki.
  • Minum air secukupnya terutama ketika cuaca panas.
  • Patuhi papan tanda dan arahan keselamatan yang disediakan.

Waktu Operasi Taman Botani Pulau Pinang ialah mulai jam 6.30 pagi sehingga 7.30 petang setiap hari termasuk Hari Minggu dan Cuti Umum dan kemasukan adalah percuma. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumbalas emel botani@penang.gov.my atau telefon 04-2264401.

RUMAH POKOK

Rumah Pokok di Taman Botani Pulau Pinang merupakan salah satu tarikan pendidikan dan konservasi di Taman Botani Pulau Pinang. Kemudahan ini dibangunkan untuk mempamerkan pelbagai spesies tumbuhan tropika yang mempunyai nilai estetik, saintifik dan hortikultur. Rumah Pokok juga merupakan salah satu medium pendidikan kepada pelajar, penyelidik dan orang awam bagi mempelajari maklumat botani tumbuhan serta kemahiran lain, antaranya ialah teknik penanaman dan penjagaan tumbuhan.

Antara Rumah Pokok yang telah dibuka untuk lawatan awam ialah Rumah Orkid, Rumah Bromeliad, Rumah Paku-pakis dan Rumah Begonia. Waktu Operasi untuk lawatan ialah mulai jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari pada hari Selasa, Rabu dan Khamis. Untuk lawatan ke Rumah Pokok lain seperti Rumah Perdana dan Understorey Florarium, kumpulan pelawat yang berminat boleh membuat permohonan kepada Unit Pendidikan Alam Sekitar.

RUMAH PERDANA

UNDERSTOREY FLORARIUM

RUMAH ORKID

RUMAH PAKU PAKIS

TAMAN BERTEMA

Taman Botani Pulau Pinang mempunyai pelbagai taman bertema yang dibangunkan untuk tujuan rekreasi, pendidikan, penyelidikan dan pemuliharaan tumbuhan. Setiap taman mempunyai keunikan tersendiri dan mempamerkan koleksi tumbuhan mengikut famili serta reka bentuk landskap yang berbeza, sekali gus menjadikan taman ini sebagai pusat pembelajaran alam semula jadi yang menarik untuk semua lapisan masyarakat.

Antara taman-taman bertema yang terdapat di Taman Botani Pulau Pinang ialah Taman Formal, Taman Herba, Taman Jepun, Taman Simfoni Alam (Secret Garden), Taman Buluh, Taman Haruman Rimba (Fragrant Garden), Sun Rockery, dan Kolam Lili.

TAMAN BULUH (BAMBUSETUM)

TAMAN FORMAL

SUN ROCKERY (KAKTUS & SUKULEN)

TAMAN JEPUN

TAMAN SIMFONI ALAM (SECRET GARDEN)

KOLAM LILI

TAMAN HARUMAN RIMBA (FRAGRANT GARDEN)

TAMAN HERBA DAN PERUBATAN

DENAI HUTAN

Terdapat dua denai hutan di dalam kawasan Taman Botani Pulau Pinang iaitu Denai Curtis (Curtis Trail) dan Laluan Aroid (Aroid Walkway), selain daripada denai-denai hutan yang dijadikan laluan pendakian ke Bukit Bendera.

DENAI CURTIS

LALUAN AROID

SEJARAH & WARISAN

MOUNT OLIVIA

POKOK-POKOK WARISAN

TEROWONG JEPUN

REL TRAM LAMA

GALERI

GALERI

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

GALERI

BANGUNAN HERBARIUM
Image

JABATAN TAMAN BOTANI PULAU PINANG
Kompleks Pentadbiran,Bangunan Pavilion, Jalan Kebun Bunga,10350 Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : 604-226 4401 | Fax : 603-226 4403

Media Sosial

Penafian

Dasar Privasi

Dasar Keselamatan

Capaian Pelawat

Singapore 69.565% Singapore
Malaysia 30.435% Malaysia

Total:

2

Countries
000226
This Month: 62
Total: 226

Dikemaskini pada :

  • 18 September 2026.