Sejarah

Taman Botani Pulau Pinang, atau lebih dekenali sebagai Taman Air Terjun Pulau Pinang, telah dibina dan ditubuhkan oleh pihak British pada tahun 1884 daripada sebuah tapak kuari granit yang lama. Ia terletak jauh di dalam sebuah lembah di kaki bukit hutan hujan tropika yang setinggi 366 kaki. Ia juga terletak di antara aliran mata air yang membahagikan kawasan tersebut melalui sebuah kawasan yang luas dan beralun yang berukuran di antara 29 hektar kaki persegi.

Pokok-pokok yang penuh dengan kehijauan dan kesuburan yang dapat menenangkan pelawat dan pengunjung telah menjadikannya sebagai sebuah taman kegemaran dan tarikan pelancong yang amat popular di Pulau Pinang. Iaadalah sebuah warisan semula jadi yang unik di Pulau Pinang dan ia juga merupakan satu-satunya taman botani yang unik di Malaysia. Sebagai taman yang penuh dengan flora & fauna yang unik, ia juga secara tidak langsung berfungsi sebagai “paru-paru hijau” untuk Pulau Pinang yang bermetropolitan.

Pic2

Aspek-aspek botani dan hortikultur yang terdapat di taman tersebut telah dibangunkan dan dimajukan oleh kurator pertama Taman Botani, iaitu Encik Charles Curtis dari Jabatan Taman dan Hutan, Negeri-Negeri Selat. Beliau merupakan seorang tukang kebun yang amat berdedikasi terhadap tanaman-tanaman dan landskap yang terdapat di taman tersebut. Tanpa mengenal erti penat dan lelah, beliau telah mentransformasikan kawasan tersebut yang merupakan sebuah bekas tapak kuari granit kepada “syurga” semulajadi yang menakjubkan. Susun atur seni taman tersebut sememangnya merupakan satu pencapaian yang besar kerana ia menggabungkan unsur-unsur sebuah hutan tropika dengan sebuah landskap yang bertamadun secara semula jadi. Pembangunan dan kemajuan yang terdapat di Taman Botani Pulau Pinang sekarang adalah kerana hasil usaha, semangat, tenaga dan kemahiran beliau yang amat berdedikasi kerana beliau merupakan pemangkin utama untuk kemajuan dan pembangunan taman tersebut. Untuk menghargai jasa baik dan sebagai penghormtan untuk beliau, sebilangan besar tanaman di taman tersebut telah dinamakan sempena dengan nama beliau.

Pada tahun 1885, jumlah anak pokok yang mencatat rekod iaitu sebanyak 11500 anak pokok telah dibekalkan dari tapak simpanan taman tersebut untuk program penanaman pokok di dalam dan di sekitar Pulau Pinang.

Pentadbiran taman tersebut pada ketika itu yang berada di bawah naungan Jabatan Taman Penempatan Selat telah ditadbir oleh pentadbir-pentadbir yang telah berjaya. Sebagai contoh, padah tahun 1925, Prof. R.E. Holttum telah mengambil alih pentadbiran daripada En I.H. Burkhill sebagai pengarah untuk kedua-dua Taman Botani Singapura dan Taman Botani Pulau Pinang. Mereka telah banyak berjasa dan menyumbang ke arah penyelidikan di dalam pengenalan dan klasifikasi tanaman-tanaman flora yang terdapat di Malaysia.

Selepas Perang Dunia Kedua, untuk mengikuti perkembangan penukaran polisi pentadbiran taman tersebut, satu keputusan telah dicapai untuk mengasingkan pentadbiran Taman Botani Pulau Pinang daripada pentadbiran Singapura pada tahun 1946.

Pada tahun 1956, Taman Botani telah menubuhkan Jabatan Landskap, Penjualan dan Peyewaan tanaman yang pertama di Malaysia.

Akitivi megubah suai landskap adalah sebahagian daripada aktiviti utama taman tersebut. Kebiasaannya, perkhidmatan ini adalah diberikan kepada organisasi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat awam.

Taman tersebut juga menyediakan jualan tanaman kepada orang ramai pada harga yang berpatutan. Di tapak penyemaian taman tersebut, tumbuhan hiasan yang mempunyai pilihan yang luas dan dipasu boleh didapati untuk penyewaan kepada orang awam, agensi-agensi kerajaan dan sektor swasta.

Bagi perkhidmatan penyewaan, kelulusan perlu didapati terlebih dahulu melalui pengisian boring penyewaan kepada Pengarah Taman Botani Pulau Pinang.