DATA TERBUKA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

crest  

DATA TERBUKA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

 MALAYSIA  

DATA TERBUKA SEKTOR AWAM 

officedatabase 104402 officedatabase 104402


SENARAI DATA TERBUKA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

 1.

STATISTIK PEMBELIAN BAHAN PERPUSTAKAAN NEGERI PULAU PINANG

 2. 

SENARAI KAUNTER BAYARAN SETEMPAT MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

 3.

SENARAI KAWASAN BANJIR PULAU PINANG 

 4.

WAKTU SOLAT DI PULAU PINANG 

 5.

PECAHAN BILANGAN PINDAH MILIK HARTA KEDIAMAN MENGIKUT JENIS DAN DAERAH (RM JUTA) DI PULAU PINANG 

Layari http://www.data.gov.my/ bagi Data Terbuka Sektor Awam Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk senarai penuh set data

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di bawah.

1. Penggunaan data di bawah terma ini
    Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.

2. Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut:
    (i) Salin, terbit, edar dan pindah data;

    (ii) Adaptasi data;

    (iii) Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan

    (iv) Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.

3. Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH:
    (i) Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;

    (ii) Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan

    (iii) Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan
          pernyataan seperti yang berikut:
         "Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0 "

4. PENGECUALIAN
    Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:
    (i) Data peribadi;

    (ii) Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;

    (iii) Logo organisasi sektor awam atau jabatan;

    (iv) Lambang diraja dan lambang tentera;

    (v) Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;

    (vi) Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan

    (vii) Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.

5. TIADA JAMINAN
    (i) Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang
        representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan

    (ii) Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab
         terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data
         tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.

6. UNDANG-UNDANG
    Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data
    tersebut.

Tarikh Pindaan: 30 SEPTEMBER 2015