Nama Laman Web

Portal Rasmi Jabatan Taman Botani Pulau Pinang

Bahasa Lain  img03  img06mobilePicture1                           

Banner Jabatan Botani 1

Soalan Lazim

 

Adakah bayaran dikenakan kepada pengunjung untuk masuk ke Taman Botani Pulau Pinang?

Masuk adalah percuma. Perkhidmatan “tram” disediakan untuk kemudahan pengunjung melawat dalam dalam taman dengan sedikit bayaran dikenakan.

 

Pukul berapa Taman Botani dibuka kepada pengunjung ?

Dibuka dari pukul 6.30 pagi sehingga 7.00 petang pada setiap hari dan setiap tahun.

 

Apakah kemudahan yang terdapat di di Taman Botani Pulau Pinang ?

Terdapat kawasan-kawasan rekreasi / perkelahan, tandas, akses kepada kerusi roda laluan untuk larian, pentas, gazebo, trek joging, denai hutan, padang rehat dan pusat penyemaian tanaman.

 

Apakah tarikan yang terdapat di dalam Taman Botani Pulau Pinang ?

Pokok Hujan (usia melebihi 100 tahun), Pokok Lilin, Pokok Buah (Peluru) Meriam, pokok Ebony, Pokok Argus Pheasant, Taman Tasik Teratai , Pusat Hortikultur,Hutan Hujan Tropikal, Trek Hutan, Laluan Aroid, The Fern Rockery, Taman Rekreasi Kuari,Taman Fern,Taman Ochidarium,Taman Rasmi (Formal Gardens), Rumah Kaktus dan Tapak Semaian.

 

Apakah lain-lain perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Taman Botani Pulau Pinang ?

Perkhidmatan ditawarkan kepada pelanggan samada orang awam, syarikat, agensi kerajaan dan sebagainya adalah sewaan pokok hiasan dan perkhidmatan sewa kawasan. (untuk majlis rasmi dan keraian).