Piagam Pelanggan

Kami berjanji untuk menegakkan dan memastikan bahawa Taman Botani akan kekal relevan dan progresif dan memainkan peranan penting sebagai contoh kepada taman-taman botani tropika di rantau ini di samping menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dan masyarakat dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan:

  • Botani dan Pemuliharaan
  • Penyelidikan dan Pendidikan
  • Hortikultur dan Landskap
  • Rekreasi dan Pelancongan

Kami komited untuk menjalankan tugas-tugas dengan tanggungjawab dan akan lebih bersungguh-sungguh untuk memenuhi objektif kami dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti seperti berikut:

  1. Semua Projek Dan Program Pembangunan Dilaksanakan Mengikut Jadual Yang Ditetapkan.
  2. Hiasan Untuk Urusan Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan Dan Pihak Luar Seperti Agensi Kerajaan, Swasta Dan Orang Awam Dapat Dikendalikan Dengan Profesional, Teliti Dan Berkesan Berdasarkan Tempoh Masa Yang Dipersetujui Bersama.
  3. Sewaan Kawasan Taman Botani Kepada Pihak Luar Seperti Agensi Kerajaan, Swasta Dan Orang Awam.
  4. Maklumbalas Aduan Dikemukakan Dalam Tempoh Tujuh (7) Hari Dari Tarikh Aduan Diterima.
  5. Untuk Memastikan Bahawa Semua Kawasan Di Bawah Sekitar Dan Bidang Kuasa Taman Botani Sentiasa Bersih, Rapi, Tenang Dan Selamat.
  6. Untuk Memastikan Semua Koleksi Spesimen Hidup Di Dalam Taman Botani Dijaga Dengan Baik Dan Dalam Keadaan Baik.
  7. Untuk Memastikan Bahawa Semua Pokok-Pokok Berumur Dan Lama Yang Juga Merupakan Warisan Di Taman Botani Di Jaga Dengan Teliti Dan Diperiksa Setiap Bulan.
  8. Untuk Mengambil Tindakan Segera (Dalam Masa 24 Jam) Ke Atas Aduan Dan Maklum Balas Yang Diterima Mengenai Kebersihan Dan Keselamatan Taman Botani.