Bahasa Lain  img03 img06mobilePicture1

 1akses

Perutusan Pengarah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wata’ala, selawat dan salam ke atas Nabi Nuhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam, pembawa rahmat ke seluruh alam.

Saya amat bersyukur kepada Allah dengan taufiq ‘inayah serta keizinannya jua, Jabatan Taman Botani Pulau PInang telah berjaya membina laman web untuk kegunaan masyarakat.

Dengan arus pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) yang serba canggih ini,  kini segalanya begitu mudah hanya di hujung jari anda sahaja. Pelbagai maklumat dapat diperolehi dan dikongsi bersama. Justeru, Jabatan Taman Botani Pulau Pinang mengambil inisiatif dan tanggungjawab untuk memberikan pelbagai pendekatan untuk memberikan maklumat yang tepat dan aktiviti Jabatan dengan lebih telus bagi kemudahan masyarakat amnya.

Adalah diharapkan para pengunjung dapat melayari laman web ini dengan sebaiknya dan penuh hikmah, dan dapat mengemukakan isu-isu semasa yang berkaitan dan dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat.

Kesimpulannya, penubuhan Jabatan Taman Botani Pulau Pinang ini mempunyai matlamat dan harapan yang tersendiri dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk menjadi sebuah tempat pembelajaran di samping menjadi sebuah tempat pelancongan di Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

GAMBARPENGARAH