Bahasa Lain  img03 img06mobilePicture1

 1akses

Penyelidikan & Pendidikan

Penyelidikan & Pendidikan
Taman Botani Pulau Pinang adalah sebuah institusi pembelajaran, kajian dan penyelidikan spesimen tanam-tanaman melalui hubungan dengan pertubuhan lain. Taman Botani juga secara tidak langsung merupakan sebuah muzium flora dan fauna untuk penyelidikan dan pada masa yang sama, ia juga dapat membantu institusi pengajian tinggi dalam spesimen botani. 
 
Setiap tahun, kumpulan pelajar, kakitangan dari agensi-agensi kerajaan dan sektor swasta telah datang ke Taman untuk memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan mengenai aspek-aspek botani dan hortikultur.
 
Kursus-kursus jangka pendek juga disediakan, ia terdiri daripada latihan praktikal pada aspek-aspek botani dan hortikultur. Peserta diberi kursus praktikal asas yang berkaitan dengan pengenalan tapak pembiakan tumbuhan landskap, dan teknik-teknik herbarium.
 
Taman Botani akan dengan senantiasa selaras dengan usaha Kerajaan Malaysia dalam menghargai alam sekitar dan memelihara biodiversiti kita daripada kepupusan supaya generasi akan datang akan dapat menilai dan menghargainya. 
 
Dengan hubungan yang sedia ada ini, Taman Botani berperanan penting dalam melengkapkan usaha Kerajaan dan menyebarkan mesej penting kepada orang ramai, terutamanya pelajar, kumpulan-kumpulan yang berminat dan pelancong, adalah sejajar dengan pendirian kerajaan dan tepat pada masanya.
 
Program Lawatan Berpandu Pendidikan mencerminkan komitmen kerajaan ke Taman Botani.
 

Kalendar Aktiviti

December 2017
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31