Bahasa Lain  img03 img06mobilePicture1

 1akses

Pokok Hujan

Pokok Hujan

Nama Biasa: Pokok Pukul Lima, Pokok Hujan
Nama Botani: Samanea saman
Keluarga: Leguminosae
Asal: Amerika Selatan

pbg the rain tree

Pokok hujan yang indah dan terdapat di pintu masuk utama Taman Botani Pulau Pinang ini telah menyambut pengunjung sejak tahun 1800-an. Ia cepat membesar dan pokok ini boleh membesar sehingga setinggi 35 meter. Ia menyediakan tempat teduh dengan dahan-dahan yang berbentuk seakan-akan sebuah mahkota besar yang lebar dan luas. Bunga terbentuk di dalam kelompok yang kecil dan berwarna putih merah jambu.

Panggilan orang tempatan "Pokok Pukul Lima" adalah kerana sejurus bunga-bunga pokok tersebut hanya akan menutup kelopaknya sebelum matahari terbenam dan membuka hanya selepas matahari terbit .Ciri-ciri ini mengekalkan kelembapan yang lebih untuk pokok itu dengan membolehkan lebih embun untuk diserap apabila daun dilipat.